Assalamualaikum semua, semoga semua dalam keadaan sihat sentiasa pada bulan ramadhan yang mulia ni. Dalam menyambut bulan puasa ni pastinya juadah berbuka menjadi antara tumpuan perhatian dikalangan kita rakyat Malaysia ni, betul tak? Kadang² kita dah boring dengan makanan di luar dan di bazaar ramadhan, tapi bila nak masak sendiri kt rumah pula, tktau nk masak apa....
Takpa jangan risau, harini saya nk share satu resepi raja segala nasi iaitu Nasi Briyani Gam, tapi sebelum tu saya nk ceritakan sikit history nasi briyani gam ni...
Nasi briyani gam ni merupakan satu variasi daripada nasi beriani yg merupakan masakan berasaskan nasi dicampur rempah, beras basmati dan ayam/daging/kambing atau sayur-sayuran. Nama briyani ni diambil dari bahasa Parsi yang bererti goreng atau panggang. Ia juga dipercayai dicipta di dapur Maharaja Mungal Muslim. Ia amat popular di Asia Tenggara dan dari situ, ia dipercayai dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang Selatan India. Nasi briyani gam, juga dinamakan nasi beriani dam, di masak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras. Hasilnya, nasi beriani gam berasa herba rempah, dan berpati lemak dan 'manis' daging. Mungkin disebabkan oleh kemasukkan resipi ini melalui Kesultanan Melayu Johor-Linggi, rakyat Melayu Negeri Johor memperbaharui resipi ke selera Melayu maka terciptalah Beriani Gam Johor.
Ok sekarang kita dah tau serba sedikit tentang sejarah Nasi Briyani ni, baru la kita boleh masak briyani ni dgn lebih medalam supaya masakan kita lagi sedap! Ni adalah resepi Nasi Briyani Gam Ayam:
First, bahan² yang kita perlukan adalah;
Bahan-bahan untuk Briyani
1. Ayam satu ekor dipotong 8
2. Cili hijau 4 biji
3. Yougurt 500 gm
4. Serbuk cili 1 sudu kecil
5. Daun ketumbar(dihiris halus) 1 cawan
6. Daun pudina(dihiris halus) 1 cawan
7. Rempah biryani Chef Ammar 2 sudu makan
8. Buah pelaga 6 biji
9. Daun bay 4 helai
10. Bunga cengkih 8 biji
11. Serbuk buah pala ¼ sudu kecil
12. Saffron 2 sudu makan
13. Satu biji bawang merah
14. Dua ulas bawang puti(dihiris halus)
15. Minyak masak ½ cawan
16. Garam 2 sudu makan
Bahan-bahan untuk Nasi
1. Beras basmati 2 kg
2. Air mendidih 3 liter
3. Garam secukup rasa
4. Jintan putih 1 sudu kecil
Bahan-bahan untuk Salad Timun Yogurt (Tambahan jika nak)
1. Timun 500 g
2. Yougurt 500 g
3. Garam ½ sudu kecil
4. Daun pudina 3 sudu makan
5. Minyak zaitun 3 sudu makan
CARA MEMASAK AYAM:
Panaskan periuk dengan minyak masak sebelum memasukkan daun bay, pelaga, cengkih, bawang besar & bawang putih
Sementara tunggu aroma naik, kita campurkan bahan² yang lain yang tersedia dengan ayam di mangkuk besar kecuali daun²
Kemudian masak ayam tersebut hingga pekat dan kering.
Selepas itu, masukkan daun² dan garam 2 sudu makan atau seckup rasa.
Bila agak kering rempahnya dan terbit minyak, keluarkan minyaknya sahaja dan ketepikan. (minyak ini akan digunakan untuk nasi)
Pastikan kuah beriani betul-betul kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan ketepikan.
Jangan cuci periuk.. (Nak digunakan untuk nasi
CARA MEMASAK NASI:
Didihkan air bersama jintan dan garam secukup rasa
Masukkan beras basmati dan rebus hingga 3/4 masak, keluarkan beras dan tapiskan. Buang air rebusan nasi.
Masukkan 1/2 bahagian nasi ke dalam periuk ayam tadi. Susun ayam menutupi nasi, tabur sedikit bdaun pudina dan daun ketumbar
Tutup lapisan ayam dengan 1/2 bahagian nasi lagi. Ratakan, bubuh beberapa ketul ayam lagi
Tutup periuk rapat-rapat, tanak atas api kecil hingga naik wap dan nasi masak sepenuhnya dan SIAP!
Senang & sedap Nasi Briyani Gam Ayam ni, lagi-lagi bila kita masukkan rempah Briyani Chef Ammar fuhhh memang rasanya terbaik. Alright, sekian entry resepi Nasi Briani Gam Ayam kali ni semoga berfaedah buat teman dan Selamat mencuba!!