Perbezaan antara Jenis-jenis Nasi Arab
Selama ini masa korang makan nasi arab, pernah tak tertanya apa bezanya jenis-jenis nasi arab seperti nasi mandi dgn nasi kabsah dgn nasi maklubah dan lain-lain....Kebanyakan kita orang malaysia akan bandingkan nasi-nasi arab lain dengan nasi mandi sebab nasi mandi tu paling common di Malaysia. Ini disebabkan oleh banyak kedai nasi arab di Malaysia menghidangkan nasi mandi ni. Jadi timbul lah persoalan tentang topic ni.....
Antara perbezaan yang ketara antara jenis-jenis nasi ini adalah dari segi rempah, cara masak dan negara asal.
Nasi Mandi
Rempah: Serbuk cili, Buah pelaga, Lemon kuning kering, Daun ketumbar, Buah pala, Adas, Jintan putih, Lada hitam, Kayu manis, Cengkih, Serai kayu (bay leaf), Cili merah, Mace (basbasah)
Cara masak: Bahan-bahan rempah ratus secara asalnya direbus bersama lauk seperti kambing atau ayam dan dimasukkan beras basmathi.
Negara asal: Yemen
Nasi Kabsah
Rempah: Pelaga, Ketumbar, Adas, Jintan putih, Lada putih, Kayu manis, Cengkih, Serai kayu (bay leaf), Kunyit, Pelaga hitam, Mustard, Basbasah & Lemon hitam kering, Rempah pimento, Chili merah
Cara masak: Cara masaknya lebih kurang dengan nasi mandi cuma rempah-ratusnya saja yang berbeza. Penyediaan kabsah sedikit berbeza mengikut citarasa kebanyakan negara-negara arab yang lain malah di Kuwait, Qatar, UAE dan Bahrin kabsah juga dikenali sebagai MACHBUS.
Negara asal: Teluk arab
Nasi Maklubah
Rempah: Kayu manis, Ketumbar, Jintan putih, Mace(basbasah), Buah pelaga hitam, Rempah manis, Kunyit, Serbuk bawang, Bawang putih panggang, Rempah Pimento, Bunga lawang, Lada hitam & putih
Cara masak: Nasi Arab Maqlubah agak istimewa kerana mengandungi sayur-sayuran yang digoreng dan lauk-lauk. Dipanggil Nasi Maqlubah kerana diterbalikkan (upside down). Di lapisan paling bawah dimasukkan lauk sama ada ayam atau kambing, kemudian sayuran yang digoreng seperti bunga kobis, karot, kentang dan terung, kemudian dimasukkan beras. Proses ini dilakukan berselang-seli sehingga ke atas. Apabila nasi masak, periuk akan diterbalikkkan ke dalam dulang.
Negara asal: Jordan
Nasi Bukhari
Rempah: Pelaga hitam, Campuran pelaga & mustard, Lemon hitam, Bunga lawang, Rempah cina & Cili merah, Lada hitam, Serai kayu(bay leaf), Serbuk halia, Halba(fenugreek)
Cara masak: Dimasak seperti Nasi Tomato di Malaysia yang ditumis menggunakan tomato puri bersama rempah ratus serta lauk kambing. Di atas nasi ditaburkan karot yang dihiris memanjang. Nasi Bukhari ini kebiasaanya di makan dengan salatoh, salatoh harr dan “idam” kuah seakan dalca tetapi rasanya masam manis berisi sayur seperti bendi, terung, kentang yang dimasak dengan tomato puri. Ia lebih sesuai berlaukkan kambing.
Negara asal: Uzbekistan
Nasi Beriani
Rempah: Pelaga hitam, Campuran pelaga & mustard, Lemon hitam, Bunga lawang, Rempah ciina & Cili merah, Lada hitam, Rempah-ratus, Serai kayu(bay leaf), Serbuk halia, Halba(fenugreek)
Cara masak: Beriani digunakan untuk menandakan satu hidangan di mana beras (dataran atau menggoreng) dimasak berasingan dari sos pekat (kari daging atau sayur-sayuran). Kari dan beras kemudiannya dipertemukan dan dilapiskan, mengakibatkan dalam sehidangan perisa berkontras beras unflavored (yang mana mempunyai unsur bau dan jus kari) dan sangat berperisa sos dan daging atau sayur-sayuran.
Negara asal: Iran (Parsi)