Assalamualaikum buat semua akak², abang² dan adik² yang berkunjung di wesbite saya. Berjumpa lagi dengan saya yang sentiasa setia berkongsi segala macam resepi nasi untuk anda. Harini saya nak tunjuk ajar cara nk masak Nasi Bukhari Ayam yang boleh buat santapan untuk seisi keluarga. Cara masak nasi bukhari ini lebih kurang sahaja dengan nasi² lain macam nasi briani, nasi mandi dan lain, bezanya cuma rempah² dia saja....
Selain itu, nasi bukhari ayam ni sedap makan dengan sayur salsa. Memasak nasi bukhari ini tidak memerlukan kita untuk memasak lauk-pauk sampingan lain. Semuanya sudah dimasukkan sekali ke dalam kuah ayamnya. Nak menghidangkannya pun lebih mudah, boleh letak dalam satu pinggan besar saja. Walau nampak simple, rasa nasi ni memang sedap dan unik.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1kg beras basmathi
1 ekor ayam potong 8
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
4 biji cili hijau (ikut citarasa)
2 sudu tomato paste
3 1/2 sudu Chef Ammar Bukhari Spice
1/2 sudu saffron
1 cawan kismis
1/2 cawan creamer
Daun ketumbar
Daun pudina
Mixed vegetables
Bawang goreng
Bahan-bahan untuk salsa:
3 biji buah tomato & 2 biji timun jepun dipotong dadu
Perahan jus dari 1 biji lemon
Sedikit lada hitam
Garam & gula secukup rasa
CARA-CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili, daun pudina (setengah) & daun ketumbar (setengah).
Lepas tu, masukkan tomato paste dan chef ammar bukhari spice dan kacau hingga sebati.
Kemudian, masukkan ayam ke dalam kuali dan sedikit air, kacau kuah tersebut dan masukkan saffron & garam secukup rasa.
Masak nasi basmathi hingga 3/4 masak
Seterusnya, masukkan nasi 3/4 masak tersebut ke dalam kuali ayam dan pastikan api kecik semasa gaulan nasi dan ayam tersebut.
Lepas itu, masukkan selebih daun pudian & daun ketumbar, kismis dan juga creamer.
Letakkan mixed vegetables dia atas periuk/kuali dan tutup periuk untuk biar kesemuanya masak.
Selepas siap masak, letakkan bawang goreng di atas nasi sebagai hiasan.
Senang saja kan? jangan lupa hidangkan sekali dengan salsa yang telah digaul & dicampur bahan² yang tersedia. Selamat mencuba! yang penting masak dari hati....masak dengan iman