6 FAKTA YANG MENARIK TENTANG NASI ARAB
Assalamualaikum semua, hari ni saya nak kongsikan sikit fun facts tentang nasi arab. Saya pasti semua org pernah makan nasi arab sebelum ni, tapi mesti ramai tktau tentang kelebihan nasi arab ni kan? nasi arab ni kalau kita makan banyak kali pun tak muak sebab dia ada berbagai jenis nasi, contohnya; mandi, kabsah, bukhari dan lain² lagi. Antara salah satu sebab dia adalah beras untuk buat nasi arab biasanya guna beras basmati yang jarang kedai-kedai masakan melayu gunakan, walhal dekat rumah kita sendiri pun jarang guna.
Antara fakta/kelebihan menarik tentang nasi arab ni;
1. NASI ARAB MEMBANTU MENGEMBALIKAN MOOD
Karbohidrat mengandungi produk serotonin, iaitu sejenis kimia dalam otak yang menimbulkan perasaan senang. Study Archives of Internal Medicine menunjukkan, orang yang menjalani diet karbo rendah yang ketat selama setahun (hanya mengambil sekitar 1/2 cawan nasi atau selembar roti), dikatakan cenderung mengalami depresi, kegelisahan, dan mudah marah. Kadarnya jauh melebihi orang yang mengamalkan diet rendah lemak-tinggi nasi, yang hanya makan produk susu rendah lemak, gandum, buah-buahan, dan kacang-kacangan.
2. NASI ARAB MEMBANTU MENCEGAH MASALAH BERAT BADAN NAIK
Bagaimana mungkin nasi arab boleh mengelakkan berat badan naik? Daripada peneliti dari Brigham Young University di Utah, USA, mendapati bahAwa mereka yang meningkatkan pengambilan serat(fibre) secara umum akan kehilangan berat badan. Hal ini terjadi pada perempuan middle-aged yang dimonitor cara permakananya selama dua tahun. Sebaliknya, perempuan yang mengurangkan pengambilan serat megakibatkan berat badan mereka naik.
3. NASI ARAB BAIK UNTUK JANTUNG
Sekali lagi, dengan meningkatkan pengambilan serat yang mudah larut (yang selalu dijumpai di dalam makanan tinggi karbohidrat seperti oatmeal dan kacang polong) sebanyak 5-10g sehari, sekali gus anda akan menurunkan kadar kolesterol sehingga 5 peratus. Mereka yang mengonsumsigandum utuh (seperti beras merah) juga cenderung memiliki kadar kolesteroljahat yang lebih rendah, dan kolesterol baik yang lebih tinggi.
4. NASI ARAB MEMBANTU MERAMPINGKAN UKURAN PINGGANG
Pengambilan gandum boleh membantu mengurangkan lemak tubuh dan lemak perut, demikian menurut penelitian baru yang dimuat di Journal of Nutrition. Dalam kajian tersebut, dikatakan bahwa orang dewasa yang makan sekitar tiga bahagian gandum utuh sehari, memiliki lemak tubuh 2,4 peratus lebih sedikit, dan lemak perut 3,6 peratus lebih sedikit, daripada mereka yang makan kurang dari seperempat bahagian.
5. NASI ARAB MEMBANTU MENAJAMKAN MEMORI
Perempuan overweight yang menjalani diet rendah karbo selama seminggu (yang memang tak makan nasi) ternyata mendapat keputusan yang lebih buruk dalam memory test. Kenilaian mereka juga berkurang dalam visuospatial memory test (test berkaitan mengingat lokasi dalam peta) daripada mereka yang mengikuti diet rendah kalori. Ini merupakan kajian daripada American Dietetic Association, yang terungkap dalam sebuah study dari Tufts University.
6. NASI ARAB MEMBANTU MEMECAH LEMAK
Sarapan dengan nasi atau makanan karbohidrat yang tidak menaikkan gula darah dengan cepat, seperti oatmeal atau bijirin, 3 jam sebelum melakukan aktiviti, akan membantu anda membakar lemak lebih banyak, menurut sebuah kajian dari Journal of Nutrition. Kedua jenis makanan tersebut, sama seperti kentang dengan kulitnya, roti gandum, pasta dari gandum,atau kacang, tidak menyebabkan gula darah melonjak secepat bila anda mengambil roti tawar putih atau nasi putih. Sebaliknya, tahap insulin anda juga tidak akan meningkat dengan cepat, dan kerana insulin berperan memberi tanda bahawa tubuh anda menyimpan lemak, dengan memastikan tahap insulin yang lebih rendah dapat membantu anda bakar lemak.