top of page

Nasi Mandi Kambing


Assalamualaikum dam selamat petang.


Ok tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Harini Chef Zikri nak berkongsi resepi nasi mandi yang dimasak semalam dengan menggunakan Chef Ammar mandi spice dan Chef Ammar smoke flavor liquid. Untung guna rempah ni, dah tak payah nk cari bunga lawang, kayu manis segala. Guna je rempah ni, untuk nasi dan juga lauk sekali. Kalau guna kat nasi je boleh sampai 10kg tuh, boleh buat kendri dah. Kalau sekali dengan lauk, up to 6kg boleh guna. Amat memudahkankan untuk semua. Lagi satu senang pakai smoke flavor liquid ni, tkyah nk letak² arang lagi untuk nasi...


This time teruja sikit nak post resepi sebab masakan kalini menjadi tapi menurut komen family je la haha.


Kisahnya tetiba rasa nak masak nasi mandi ni sebab terserempak dengan video Chef Ammar masak mandi rice with lamb dekat youtube. Punyalah geram tengok dia masak, lagi² masa bulan puasa ni. Kalaulah tv tu boleh mengeluarkan bau, rasanya saya boleh kenyang setahun.


Korang mesti dah tak sabarkan nk cuba resepi ni? Resepi ni senang dan ringkas je lagi² sebab pakai rempah chef ammar ni. Orang yang malas dan selalu mengidam boleh la guna resepi ni.




Bahan-bahan yang diperlukan adalah:


Nasi Mandi:

  • 500g nasi basmathi

  • 8 ulas bawang putih

  • 1 biji bawang besar

  • 3 batang cili

  • 2 sudu Chef Ammar mandi spice

  • 1 sudu smoke flavor

  • 2 sudu ghee

  • 1/2 sudu saffron

  • 1/2 cawan kismis

  • garam secukup rasa


Lamb (shoulder or rib):

  • 2kg lamb (potong besar²)

  • 3 1/2 sudu Chef Ammar mandi spice

  • 2 sudu smoke flavor

  • 1/2 saffron

  • 1/2 cawan minyak masak

  • 2 biji bawang besar

  • 16 ulas bawang putih

  • 3 batang cili hijau & cili padi

  • garam secukup rasa



CARA-CARA MEMASAK:


Lamb:

  1. Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan bawang putih & bawang besar, tumis sehingga golden brown

  2. Masukkan mandi spice chef ammar dan kacau sampai sebati

  3. Selepas tu, masukkan cili hijau & cili padi yang telah dipatahkan

  4. Kemudian, masukkan kambing ke dalam kuali dan tambah air & garam secukupnya

  5. Masukkan smoke flavour dan saffron lepas tu bagi kambing tu masak selama 1-1 setengah jam (kalau nak lagi cepat boleh pakai pressure cooker)

  6. Lepas kambing sudah lembut, asingkan kambing tersebut dengan kuahnya untuk digunakan untuk masak nasi


Nasi Mandi:

  1. Ternak nasi basmathi dulu macam biasa dalam periuk nasi hingga 3/4 masak.

  2. Masukkan ghee di dalam kuali panas dan tumis bawang putih & bawah besar.

  3. Selepas naik bau, masukkan cili(potongan kecil)

  4. Kacau dan masukkan kismis tapi makes sure tk terbakar kismis tu

  5. Kemudian masukkan kuah lebih dari kuali kambing tadi ke kuali nasi.

  6. Lepas masak, letakkan ghee ke nasi sebelum dihidang.


Tambahan (Sos harrah & Salad arab):



Sos harrah

  1. Sediakan 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan garam.

  2. Kisar kesemua bahan tanpa mencampurkan air.

Salad arab

  1. 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.

  2. Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.

  3. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.


bottom of page