Assalamualaikum semua, di hari jumaat yang mulia ini saya ingin kongskikan sikit tentang produk Chef Ammar ni. Tapi sebelum tu, siapa Chef Ammar ni? mesti ramai kenal chef ammar di rancangan masak di TV Al-hijrah....tapi bagi yang tk kenal, meh nak cite sikit sapakah jejaka ini.
Masak dengan hati, masak dengan iman.' Tag line yang cukup dekat di hati para penonton saluran TV Al Hijrah khususnya peminat rancangan Hidangan Baraqah Bersama Chef Ammar. Gelagatnya yang begitu bersahaja dengan bahasa Melayu telo Arab ketika mengendalikan rancangan tersebut cukup menghiburkan, apatah lagi setiap perkongsian resipi diselitkan dengan petua-petua mengikut sunah. Itulah Chef Ammar I.H Alali.
Walaupun namanya mungkin belum segah chef-chef selebriti yang lain, namun kemunculannya di kaca televisyen tetap dinanti peminatnya. Cekap mengendalikan pelbagai peralatan dapur dan juga bahan-bahan masakan, tentunya ramai juga yang ingin mengetahui latar belakang lelaki berasal dari Jordan ini. Kefasihan beliau bercakap Melayu adalah hasil lebih 17 tahun menetap di Malaysia dan berkahwin dengan seorang wanita tempatan kelahiran Pulau Pinang. Ketika ditemui baru-baru ini di studionya yang terletak di Subang Jaya, ternyata bapa kepada tiga orang cahaya mata ini cukup bahagia dengan keluarga yang telah dibina sejak 16 tahun lalu.
Chef Ammar mula serius dalam bidang masakan sejak dari kecil dan banyak belajar daripada ibu dan nenek beliau. Daripada situ, beliau mula mendalami bidang tersebut dengan mempelajari pelbagai jenis resipi dan cara penyediaan berdasarkan pengalaman yang diperolehi tanpa sebarang pendidikan formal sejak berkecimpung dalam bidang tersebut.
"Penglibatan saya dalam bidang masakan atas dasar minat yang mendalam terhadap makanan yang enak dan di awalnya saya banyak mempelajari cara-cara memasak daripada ibu dan nenek saya.
"Di tempat kelahiran saya, dapur merupakan tempat buat wanita dan saya pernah dimarahi oleh nenek dan ibu saya apabila cuba untuk membantu mereka di dapur," katanya yang berasal dari Jordan.
Walaupun demikian, minat terhadap masakan tidak pernah luntur dan beliau mula bercita-cita untuk menjadi seorang chef. Memandangkan bidang masakan merupakan nadi kehidupan dan rezekinya, Chef Ammar sentiasa mahukan kelainan gaya ataupun identiti tersendiri dalam setiap masakkannya. Rempah ratus dari Malaysia sering menjadi perhatiannya untuk mendapatkan ilham dalam penyediaan resipi baru. Mengulas lanjut mengenai bidangnya itu, setiap resipi yang dihasilkan lebih kepada konsep makanan asli.
Ini kerana jelasnya lagi, konsep masakan seperti itu lebih enak selain dapat mengekalkan budaya yang terdapat pada masakan tersebut tanpa gabungan daripada mana-mana konsep masakan.
"Saya suka mengekalkan tradisi masakan tersebut kerana ia lebih enak dimakan. Jika kita masak sesuatu yang diubah, ia memerlukan masa untuk masyarakat di sekeliling menerima masakan tersebut," jelasnya.
Ok itu serba sedikit tentang latar belakang Chef Ammar ni. Sekarang saya nk ceritakan tentang produck terlaris beliau pulak iaitu spices dia yg terdiri daripada; Kabsah, Mandi, Maklubah dan Bukhari.
🌿 Chef Ammar Spice Collection 140gram 🌿
resepi original Timur Tengah oleh selebriti Chef Ammar
ramuan gred tinggi, disukat dan diuji piawaian
penjimatan terbaik masa dan kos menyediakan bahan
disukai ramai dan diguna oleh restoran & catering
diakui oleh pengguna yang resepi mudah dimasak
1 botol (140g) rempah Chef Ammar boleh digunakan untuk memasak 6 kg Nasi. Chef Ammar “Spices” ini boleh juga digunakan untuk memasak lauk ayam, daging dan juga ikan. Sangat mudah.
Yang paling penting, ❌ tiada MSG ❌ tiada Tepung ❌ tiada Bahan Pengawet ❌ tiada Perisa Tambahan ❌ tiada Pewarna Tiruan
Harganya hanya RM16 sebotol dan hanya boleh didapati secara online di www.riadagang.com, di website riadagang.com juga memberikan harga promosi dan istimewa untuk spices produk ni dengan pembelian 5botol atau 10botol anda akan dapat berjimat dan anda bebas pilih 5-10 jenis rempah yang berbeza/sama. So apa lagi, jom serang www.riadagang.com