top of page

Nasi Maklubah Daging

Assalamualaikum semua, selamat bertemu lagi kita dia bulan ramadhan yang mulia ni. Harini saya nak ajak korang menjelajah ke negara Timur Tengah. Even though saya still tak pernah sampai ke negara Arab ni tapi pernah jugak makan makanan dari sana...especially NASI MAKLUBAH atau lebih dikenali dengan nasi terbalik. Bagi peminat Nasi Arab di Malaysia kebanyakan mereka pernah merasa hidanganNasi Mandi atau Kabsah tetapi jarang kedapatan mereka yang pernah makan Nasi Arab Maqlubah.


Nasi Arab ni ada banyak jenis. Ikut negara masing-masing. Antara yang masyhur kat Jordan (rasanyalah) Mansaf Kambing/ Ayam, Maqlubah, Kabsah dan Bukhari. Kat Jordan Ruz Bukhari tak famous sangat, tapi yang paling famous Mansaf Kambing…sedap sangat. Tapi hari ni nak kongsi resepi Ruz al-Maqlubah. kenapa namanya al-Maqlubah? jawapannya nasi tu bila dah masak akan di Maqlubkan (ditelangkupkan) ke dalam dulang, sebab itulah namanya al-Maqlubah. Setiap nama itu ada sejarah dan sebab dinamakan dengan namanya, Cuma kita selalunya yang tak prihatin. Ruz al-Maqlubah ini makan bersama dengan ayam/daging dan salatah, ada juga yang tukar salatah dengan fattush…apa itu salatah dan apa itu fattush, kemudianlah, kita masak nasi dulu.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 500g nasi basmathi

  • 1.5kg daging

  • 1 biji bawang besar

  • 8 ulas bawang putih

  • 3 sudu besar rempah Maklubah Chef Ammar

  • 1 biji terung besar (bazinjan)

  • 1 ketul kentang besar

  • 1 bunga kobis

  • 1 lobak merah

  • 2 biji tomato

  • 1/2 cawan kacang gajus (atau kacang pilihan)

  • 3 sudu besar ghee

  • garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Basuhkan beras. Rendam beras selama 20 minit.

  2. Potong daging kepada ketulan kecil.

  3. Panaskan periuk dengan ghee dan masukkan bawang putih & bawang besar, tumis sehingga golden brown

  4. Masukkan Maklubah Spice Chef Ammar dan kacau sampai sebati

  5. Selepas tu, masukkan daging ke dalam periuk dan tambah air & garam secukupnya.

  6. Sementara tunggu daging tu lembut, panaskan minyak di kuali lain dan potong kasar terung, kentang, kobis dan lobak merah kemudian goreng hingga keperangan. Tos dan ketepikan.

  7. Lepas daging dah lembut, keluarkan dari periuk dan asingkan air rebusan dengan daging.

  8. Sekarang kita boleh mula susun nasi kita di dalam periuk.

  9. Mula-mula kita aturkan terung, kentang, kobis, lobak merah dan tomato yang dah goreng tu di dasar periuk. Letak daging pula lepas tu. Seterusnya cover sayur-sayuran dan daging tersebut dengan nasi basmathi kita. Akhir sekali, tuangkan air rebus secukupnya ke dalam periuk. Biarkan mendidih. Selepas itu tutup dengan aluminium foil dan tindih dengan tutup periuk. Biar hingga nasi masak sempurna. Bila nasi dah masak, biarkan lagi selama 10 minit, baru buka tutup periuk tersebut

  10. Lepas nasi dah betul-betul masak, terus terbalikkan periuk dan tuang nasi dan lauk dalam dulang besar. Keadaannya selepas dituang nasi dibawah sekali diikuti dengan daging dan sayur. Last, kita hias dengan kacang gajus.


Sebab itulah ia dipanggil Nasi Terbalik, sebab bila memasak, lauk di bawah, nasi di atas, tapi bila dihidang sebaliknya pula. Selamat mencuba semua!


bottom of page